Monday 21 May 2012

♥ Terakhir & Ingat

Tengahari tadi telah berlangsungnya kuiz terakhir saya sebagai seorang mahasiswa U.

Dan hari ini juga merupakan kelas terakhir utk subjek tersebut.

Masa Tuan Haji cakap beliau minta maaf kalau pernah menyinggung perasaan kami,

halalkan semua ilmu yang beliau sampaikan kpd kami,

tiba-tiba hati rasa sebak & sedih.

Ya la..Tuan Haji telah mengajar kami sejak kami semester 6 lagi.

3 semester berturut-turut beliau mengajar kami.

Biarpun beliau agak tegas & garang, namun hati beliau sangat baik.

Sebab 2 semester berturut-turut saya dapat A utk subjek dia.

Hihihihi..(^-^)




Tadi masa hantar kertas soalan & kertas jawapan kuiz kepada Tuan Haji,

sempat saya bercakap dengan beliau.

"Tuan Haji, saya tidak buat jadual..Boleh juga kan?"

Tuan Haji angguk-angguk & cakap " kertas jawapan ni letak di meja, kertas soalan ni bawa balik Sabah"

Saya pun senyum & terus gelak "Hahahaha"

Pastu b4 keluar dari dewan kuliah, Tuan Haji panggil & cakap macam ni:

"Awak da last semester kan?"

Then saya jawab " Iya"

Tuan Haji terus cakap lagi " Saya yg interview awak dulu kan?"

Then saya senyum & jawab "Iya"

"Nti kalau suda posting, jangan lupa beritahu saya"

"Ok Tuan Haji, terima kasih"

"Sama-sama"



Ada satu perkara yang semua orang tidak tahu kecuali 2 orang kawan saya.

Tuan Haji merupakan salah satu penemuduga yang menemuduga saya 4 tahun yang lalu.

Ya. Saya kenal muka beliau kerana beliau merupakan penemuduga yang agak serius & tegas.

Beliau satu-satunya penemuduga yang meminta saya utk mengajar & menanyakan banyak soalan.



Ini semua takdir kan?

Saya ditakdirkan utk menjadi orang yang ditemuduga oleh beliau.

Saya juga ditakdirkan utk menjadi anak murid beliau selama 3 semester berturut-turut.

Hihihihihi.



Setelah 4 tahun berlalu, beliau masih mengingati saya.

Kuat sungguh ingatan beliau kan.

Salute dengan beliau sangat-sangat.

Hahaha.



Apapun, terima kasih Tuan Haji kerana menjadi penemuduga saya.

Terima kasih kerana memberi peluang kpd saya utk belajar d sini.

Terima kasih kerana merasakan saya sesuai dalam profesion ini.

Rasanya saya tidak mengecewakan Tuan Haji kan?

Terima kasih juga kerana menjadi pensyarah saya selama 3 semester berturut-turut.

Segala ilmu yang disampaikan akan dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

Jasa baik Tuan Haji akan saya kenang sehingga ke akhir hayat.

Terima kasih.



P/s: 4 tahun yang lalu, saya pakai baju kurung merah semasa menghadiri temuduga perguruan.

Sehingga sekarang saya masih lagi menyimpan baju kurung tersebut.


(^-^)

No comments: