Friday, 18 May 2012

♥ C & S

C & S tidak boleh duduk sebaris.

Malah taraf kedua-duanya amatlah berbeza.

"C" tidak boleh diucapkan dgn sembarangan.

"C" hanya diungkapkan kepada yg layak menerimanya sahaja.

"C" hanya berhak utk dia yang tercipta untuk dirimu sahaja.

Namun,

"S" pula boleh diungkapkan kepada sesiapa sahaja.

Keluarga, sahabat, binatang peliharaan, negara dan lain-lain sahaja.

Tetapi, janganlah menyalahgunakan perkataan "S" itu.

Seharusnya ia diucapkan dari hati yang jujur & ikhlas.

Bukanlah sekadar ingin mengambil hati insan-insan yg terlibat.


"C" itu adalah CINTA.

"S" itu adalah SAYANG.


Anda boleh SAYANG sesiapa sahaja.

Anda boleh memberitahu yang anda sayang kepada mereka-mereka yang berkenaan.

Namun,

kalau cinta, ia haruslah dikhabarkan kpd si dia yang satu sahaja.

Anda hanya akan lafazkan ayat "SAYA CINTA KAMU" jika anda betul-betul yakin dialah insan itu.

Insan yang mencintai kamu seperti mana kamu mencintai dia.

Insan yang bisa membuatkan hatimu sentiasa berdebar-debar.

Insan yang tercipta untukmu.

Insan yang bisa menerima segala kekurangan & kelemahan diri kamu.

Insan yang ditakdirkan untuk menjadi jodoh kamu.

Insan yang akan bersama-sama dengan kamu dalam suka dan duka.

Insan yang akan menghabiskan masanya dengan kamu sehingga ke akhir hayat.

Insan inilah sahaja yang berhak menerima perkataan cinta kamu.


Oleh itu, simpanlah perkataan cinta itu.

Lafazkan kepada si dia yang benar-benar layak & berhak.

Kerana perkataan cinta itu tidak ternilai harganya.




(^-^)_V




No comments: