Sunday, 13 May 2012

♥ Bayang-bayang

Pernah kamu berjalan tapi bayang-bayang kamu tidak kelihatan?

Pernah kamu berlari tapi bayang-bayang kamu tertinggal di belakang?

Pastinya bayang-bayang kamu sentiasa bersama dgn kamu kan?


Bayang-bayang diri kita tidak boleh menipu sesiapa pun.

Apa sahaja yg kita lakukan, bayang-bayang tersebut akan tunjukkan 100% perbuatan kita tanpa kecacatan.

Kalau kita lakukan perbuatan baik, maka bayang-bayang akan tunjukkan perbuatan kita yg baik itu.

Namun, sekiranya kita lakukan perbuatan jahat, bayang-bayang tersebut akan tunjukkan kejahatan kita.

Ringkasnya, kita tidak boleh berselindung dari bayang-bayang kita.




Sepantas & sejauh mana kita berlari, kita tidak boleh lari dari bayang-bayang diri kita sendiri.

Bayang-bayang kita akan sentiasa mengejar kita.

Bayang-bayang kita akan sentiasa ada bersama-sama dgn kita tidak kira di mana kita berada.

Kamu mahu bayang-bayang diri kamu berhenti mengejar kamu?

Boleh..Bayang-bayang diri kamu akan berhenti bersama kamu jika kamu suda tiada di dunia ini lagi.



No comments: