Showing posts with label Friendship. Show all posts
Showing posts with label Friendship. Show all posts

Thursday, 7 June 2012

♥ Seharian

Hari ini suasana pagi sungguh mendung & dingin.

Namun, niat untuk belajar bersama-sama 2 orang junior d library harus diteruskan juga.

Seawal 9 pagi suda pun terpacak d dalam library.

Mujur dapat menempah bilik perbincangan.

Kali ini 1st times study dgn junior-junior dalam library.

Selalunya saya akan study dgn sorang kawan baik saya.

Tapi dia telah pun balik kampung.


Walaupun library tutup pada jam 4.15 petang,

perbincangan past year Q masih perlu diteruskan juga.

Mujur ada tempat kosong d bilik Smart Room tadi.

Kami meneruskan perbincangan sehingga jam 8 malam tadi.

Badan terasa letih sangat-sangat.

Otak suda terlebih muatan.

Katil?Sedang memanggil-manggil suruh tidur.


Namun, semuanya harus diketepikan.

Kerana paper kedua ini teramat penting sekali.

Sekarang, harus makan sepotong kek coklat dulu sebelum memulakan revision.


Semoga usaha ini tidak sia-sia.

Semoga apa yg dibincangkan, dibaca & dipelajari dapat diingat dgn baik.

| Sebahagian Daripada Jawapan Past Year Yang Berjaya Disiapkan |


| Junior Yang Sibuk Menyalin Jawapan Past Year|



(^0^)_V

Sunday, 27 May 2012

♥ Kahwin

1st times attend wedding coursemate.

Rumah pengantin bukan alang-alang jauh tau.

Sampai saya pun sakit kepala & pening.

Walaupun gtu, rasa best juga dapat p dengan kawan-kawan.

Anyway, jom layan gambar-gambar yang sempat disnap.

(^0^)



| Kami yang hadir |


| Bergambar bersama pengantin, ambil berkat kahwin.Hahaha..|


| Dengan kawan-kawan |


| Sembang-sembang sementara tunggu time makan..Hehehe..|


| Bersama mek-mek kelate |



| Raja sehari.. I like the theme |



| Sebelum pulang, gambar bersama banner pengantin |

Selamat Pengantin Baru Ain.

Semoga berbahagia bersama suami tersayang sehingga ke anak cucu.


(^-^)_V

Monday, 26 March 2012

♥ Sikap

"Orang tidak akan pernah berpuas hati jika diri kita lebih baik daripada mereka"

Setujukah anda semua tentang pernyataan di atas?

Pernah mengalami situasi sedemikian?

Ataupun diri kita sebenarnya orang yg tidak akan pernah berpuas hati itu?

Bercakap tentang pengalaman diri sendiri,

memang betul ada orang yg tidak akan pernah berpuas hati dgn diri kita..

Lebih-lebih lagi jika diri kita ini lebih baik daripada mereka..

Misalnya, pandai sikit drpd mereka, disukai ramai, selalu mendapat perhatian drpd persekitaran,

cantik sikit drpd mereka & lain-lain kelebihan lg..

Ringkasnya, ada sahaja yg akan dilakukan oleh orang-orang yg tidak pernah berpuas hati itu..

Memuji kita tapi dlm nada yg menyindir, memerli dgn kata-kata yg sinis, sikit-sikit kaitkan diri kita 

dgn perkara-perkara lepas, sengaja mengungkit hal-hal lepas yg agak memalukan diri kita,

mengeluarkan kata-kata yg menghiris hati dgn senyuman selamba, mengumpat sana-sini..

Selagi mereka nampak diri kita ini tetap tenang & buat-buat tidak tahu saja,

selagi itulah mereka berusaha utk mencari jalan utk menjatuhkan kita..

Ingin saya katakan bahawa usaha kalian itu sia-sia sahaja..

Kerana semakin kalian mencuba utk menjatuhkan saya,

semakin saya berusaha utk membuktikan bahawa saya lebih layak drpd kalian..

Cakaplah..

Umpatlah..

Fitnahlah..

Kerana kalian takkan mampu merobohkan keteguhan yg ada di dalam hati saya..

(^-^)

Sunday, 25 March 2012

Wednesday, 21 March 2012

♥ Silam

Dulu kami rapat..

Semua perkara dikongsi bersama..

Suka..Duka..Kejayaan..Kekecewaan..Tidak pernah disembunyikan..

P kelas sama-sama..

P makan mesti beramai-ramai..

Buat kerja last minit pun serentak..

Semua pensyarah mesti kenal siapa kami..(^-^)

Hari ini..Kita main komen-komen d FB..

Bila mengimbas semula kisah silam..

Terasa rindu sangat-sangat..

Terima kasih kawan-kawan..

Kerana anda semua masih sama..

Kuat ketawa & mengejek-ejek..

Sampai mau terkuyak mulut ini utk ketawa..

Tapi itulah keunikan "geng" kita kan..

Hihihihi..

"Kamu ada macam kami???Tiada kan???"

Hihihihi..

(^-^)