♫..Everyday has it's own story..For some life lasts a short while, but the memories it holds last forever..♫♪♥
Showing posts with label Memory. Show all posts
Showing posts with label Memory. Show all posts
Sunday, 3 June 2012
Tuesday, 29 May 2012
♥ Muzium Padi
Belajar di Kedah haruslah bertandang ke Muzium Padi.
Kan negeri Kedah tu sinonim dengan padi.
Orang kata negeri Jelapang Padi.
Memang banyak padi tau di sini.
Sepanjang jalan boleh nampak sawah padi.
Hijau-hijau buat mata sejuk memandang.
Hihihihi.
Sebenarnya, suatu ketika dulu tidak pernah pun merancang mahu p Muzium Padi.
Boleh dikatakan unplanned activity.
Mula-mula tu sekadar p KMC p jumpa doktor.
Tapi bukan saya yang sakit la.
Hehehehe.
Still teringat petang nanti ada kelas tau tapi sanggup ponteng.
Mujur la kawan baik sms yang kelas kena cancel.
Wah!Lecturer mcm tau-tau saja saya tidak ada dlm kawasan U kan.
Hahaha.Perasan!
Petang tu juga kami bergegas p Muzium Padi.
Even masa terlalu singkat, tapi tetap mau p juga.
Berangan-angan lagi ketika tu kunun mau p Pusat Sains Negara pada hari yg sama.
Hahaha..Angan-angan tinggal angan-angan saja la sebab d Muzium Padi pun ambil masa yang lama.
Bukan sebab mau explore Muzium Padi, tapi mengada-gada mau bergambar.
Hahahahaha.
Jom layan gambar-gambar yang sempat disnap.
(^0^)
Biarpun tergegas-gegas mau keliling ni Muzium Padi sebab masa suntuk siap kena halau lagi,
tapi tetap rasa happy tau & ada p untuk kali kedua lagi.
Hahahahaha.
From Muzium Padi Kedah with Love.
08 Ogos 2010
(^0^)_V
Sunday, 27 May 2012
♥ Genting : Indoor
Let the pictures tell the story.
Enjoy~!!!
Miss this moment so damn much!
From Genting Highland Theme Park with Love
23 July 2011
(^0^)_V
♥ Genting : Outdoor
Suddenly miss this moment.
Then i have decided to upload this pictures.
As usual, let the pictures take over the talking job.
Enjoy~!!!
From Genting Highland Theme Park with Love.
22 July 2011
Wednesday, 23 May 2012
♥ Saksi
Kepada lapangan-lapangan terbang yang dikasihi.
Kalian menjadi saksi kami berpijak & berkunjung ke sini selama 4 tahun.
Selama 4 tahun kami berulang alik dari negeri sendiri ke negeri orang.
Kalian tidak pernah jemu menunggu kehadiran & kepulangan kami kan?
Kalau sahaja kalian bisa berbicara, pastinya banyak yang kalian ingin soalkan, ada betul?
Hihihihi.
Kepada kapal terbang-kapal terbang yang disayangi.
Kalian juga menjadi saksi bahawa kami begitu jakun sekali ketika pertama kali menaiki pesawat kan?
Kalian juga mengetahui semua rahsia kami di dalam pesawat kan?
Ketika sistem tempat duduk belum mengikut nombor, kalian menjadi saksi kami berebut-rebut mahu duduk
di sebelah tingkap kan?
Kalian juga mendengar kami mengumpat & ketawa kuat-kuat di dalam pesawat kan?
Kalian juga nampak kami tidur sampai keluar air liur kan?
Hahahaha.
Kalian juga tahu bahawa kami akan berdebar-debar ketika pilot yang hensem berkata
"Tuan-tuan & puan-puan, kita akan mendarat sebentar lagi, pastikan anda terus memakai
tali pinggang keselamatan & duduk di tempat masing-masing. Penggunaan tandas pada ketika ini
juga tidak dibenarkan"
Kepada ruang menunggu-ruang menunggu yang kami hormati.
Kalian juga menjadi saksi melihat kami berlarian untuk check in kan?
Kalian juga tahu berapa banyak luggage & hand bag yang kami usung kan?
Kalian juga tahu kami selalu makan d mana kan?
Kalian juga tahu bahawa kami akan resah kalau terlambat check in, flight kena delay, kan?
Kalian juga tahu d mana kami tidur jika terpaksa bermalam d airport kan?
Terlalu banyak kenangan yang berlaku hanya di airport.
Lapangan terbang, kapal terbang & ruang menunggu.
Kalian merupakan saksi-saksi kami yang paling pertama & utama sepanjang 4 tahun.
Terima kasih atas perkhidmatan yang diberikan ya.
Pastinya kami akan merindui saat-saat tersebut.
(^-^)
Subscribe to:
Posts (Atom)







































